MAKLUMAN TENTANG PENGUMPULAN, PEMPROSESAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI
PENDAHULUAN
Texas Instruments Incorporated, 12500 TI Boulevard, Dallas, Texas 75243, USA dan anak syarikat serta syarikat sekutunya (semuanya disebut, "TI") mengambil berat tentang privasi anda dan perlindungan data peribadi anda.
TI melaksanakan suatu sistem berasaskan Web untuk mengurus proses pengambilan kerja yang membolehkan anda mewujudkan profil dan memohon kerja di TI secara dalam talian ("Sistem"). "Makluman Tentang Pengumpulan, Pemprosesan dan Penggunaan Data Peribadi" ("Makluman") ini memberitahu anda bagaimana TI akan mengumpulkan, memproses, memindahkan dan menggunakan maklumat pengenalan peribadi tentang anda ("data peribadi" anda) berhubung dengan profil anda. Texas Instruments Incorporated dan anak syarikat serta syarikat sekutunya yang mempunyai akses terhadap data peribadi anda akan bertindak selaku pengawalan data, dan dinyatakan di sini.
1. KATEGORI DATA
Pemprosesan mungkin melibatkan kategori data berikut: (a) "Maklumat asas," seperti nama, alamat, nombor telefon, negara; (b) Maklumat tentang kerja yang anda pohon (contoh seperti jawatan, bidang kerja, tempat kerja, gaji); (c) CV dan resume anda; (d) Data kerja tentang pekerjaan dan pengalaman kerja lampau (contoh seperti syarikat, tempat, jabatan, jawatan, fungsi, kelas, gred dan tarikh masuk kerja, perjanjian pekerjaan, gelaran jawatan, kerja sepenuh masa atau sambilan, syif, waktu bekerja); (e) Maklumat tentang pendidikan dan latihan profesional anda (contoh seperti tahap pendidikan, ijazah atau sijil); dan (f) Maklumat lain seperti yang diminta dalam borang permohonan dalam talian atau untuk memberikan tawaran kerja kepada anda. Walau bagaimanapun, TI tidak akan meminta anda mengemukakan data peribadi tertentu sekiranya ini melanggar undang-undang yang diterima pakai.
2. PENGUMPULAN DAN KEMASUKAN DATA PERIBADI
Data peribadi anda mungkin dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam Sistem melalui beberapa cara. Untuk mewujudkan profil anda atau membuat permohonan melalui Sistem, anda perlu mendaftar. Setelah pendaftaran tersebut berjaya, anda bolehlah menyimpan CV, resume dan sebarang data peribadi anda yang lain sebagaimana yang dijelaskan di bawah perkara (1) di atas dalam Sistem.
Di samping itu, data peribadi anda mungkin dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam Sistem oleh (a) Sumber Manusia ("HR") atau pegawai lain yang diberi kuasa di TI (pengurus, pegawai, pentadbir perjawatan, penyelia) dan juga (b) Agensi luar yang anda atau TI gunakan.
3. TUJUAN PEMPROSESAN
Data peribadi anda mungkin diproses di seluruh dunia oleh TI untuk mengurus permohonan anda, dan aktiviti perjawatan dan sumber manusia serta tugas pengambilan pekerja di seluruh dunia. TI akan menggunakan data peribadi anda untuk (a) Mendaftar dan menyelenggara profil anda; (b) Memproses dan mengkaji semula permohonan anda; (c) Menganalisis sama ada profil anda berkemungkinan sesuai dengan jawatan yang dipohon; (d) Mempertimbangkan anda bagi peluang pekerjaan lain yang sesuai di TI yang mungkin wujud pada masa ini atau pada masa depan; (e) Menghubungi anda dan berkemungkinan menawarkan pekerjaan kepada anda sebagai sebahagian daripada proses permohonan dan perjawatan; (f) Tujuan pengurusan perjawatan dan kekosongan kerja: (g) Tujuan lain yang berkaitan dengan permohonan anda atau pemprosesannya, dan/atau (h) Sekiranya anda diambil bekerja oleh TI, untuk tujuan yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
4. AKSES TERHADAP DATA PERIBADI ANDA
Untuk tujuan yang dinyatakan di bawah perkara (3), data peribadi anda mungkin diakses dan digunakan di seluruh dunia oleh orang diberi kuasa yang terlibat dalam proses perjawatan dan pengambilan kerja, iaitu: (a) HR TI dan pegawai lain yang diberi kuasa oleh TI, yang bertindak mengikut kapasiti perjawatan/pengambilan kerja; (b) Kakitangan sokongan IT yang diberi kuasa oleh TI yang terhad bilangannya; (c) Agensi pengambilan dan perjawatan yang mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang perlindungan data yang diterima pakai; dan (d) Penyediaan perkhidmatan pihak ketiga yang diambil oleh TI.
Dengan itu, data peribadi anda dipindahkan kepada TI dan/atau boleh diakses oleh TI di negara di dalam dan di luar Kawasan Ekonomi Eropah di mana tahap perlindungan data mungkin tidak tinggi seperti di negara asal anda.
5. PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Tertakluk kepada perenggan 3 dalam Seksyen 5 ini, jika alamat fizikal anda adalah di luar Amerika Syarikat, maka data peribadi anda akan disimpan seperti yang berikut: (i) Jika alamat fizikal anda adalah di negara yang terletak dalam Kawasan Ekonomi Eropah, untuk tempoh selama 1 (satu) tahun dari tarikh terakhir aktiviti anda yang bersangkutan dengan profil anda; (ii) Jika alamat fizikal anda adalah di mana-mana negara lain yang terletak di luar Amerika Syarikat, untuk tempoh selama 3 (tiga) tahun dari tarikh terakhir aktiviti anda yang bersangkutan dengan profil anda; atau (iii) Tanpa mengira lokasi alamat fizikal anda, jika anda memohon peluang kerja dalam Amerika Syarikat, data peribadi anda akan disimpan untuk tempoh selama 3 (tiga) tahun selepas permintaan terhadap peluang kerja tersebut ditutup.
Tertakluk kepada perenggan 3 dalam Seksyen 5 ini, jika alamat fizikal anda adalah dalam Amerika Syarikat, data peribadi anda akan disimpan lebih lama: (i) Untuk tempoh selama 3 (tiga) tahun dari tarikh terakhir aktiviti yang bersangkutan dengan profil anda, sama ada oleh anda atau oleh kakitangan perjawatan TI; atau (ii) Jika profil anda adalah berkait dengan permintaan terhadap peluang kerja di Amerika Syarikat, tempoh selama 3 (tiga) tahun selepas permintaan terhadap peluang kerja tersebut ditutup.
Walau bagaimanapun, data anda boleh disimpan dan digunakan untuk tempoh yang lebih lama (i) Sebagaimana yang diperlukan bagi memenuhi tanggungjawab perundangan TI di bawah undang-undang yang diterima pakai (dalam hal ini, TI mungkin perlu menyimpan data anda walaupun anda menarik balik keizinan anda; (ii) Jika anda diambil bekerja oleh TI, sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan yang berkait dengan pekerjaan anda; atau (iii) Jika anda mengizinkan penyimpanan dan penggunaan untuk tempoh yang lebih lama.
6. PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN DATA
Memandangkan privasi anda diutamakan di TI, pihak TI memproses data peribadi anda menurut undang-undang perlindungan data yang diterima pakai. Di samping itu, TI dan semua pekerja TI yang mempunyai akses terhadap data peribadi anda, menjaga keselamatan dan rahsia data peribadi anda serta mengambil langkah teknikal, organisasi dan fizikal yang sewajarnya bagi melindungi data anda, terutamanya daripada pengubahan dan pendedahan, kemusnahan atau kehilangan yang tidak sengaja, tanpa kebenaran atau yang tidak sah di sisi undang-undang.
7. PENYEDIA PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
TI mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga sebagai "pemproses data" bagi TI untuk menjadi hos kepada Sistem atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan. Ini bermakna bahawa mereka akan memproses data peribadi anda hanya apabila diarahkan oleh TI.
Buat masa ini, TI menggunakan Oracle Corporation, 500 Oracle Parkway, Redwood Shores, CA 94065, USA (“Oracle”) untuk menjadi hos kepada Sistem di Amerika Syarikat dan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan. Oleh itu, TI akan memindahkan data peribadi anda kepada Oracle dan data anda itu pula akan disimpan di Amerika Syarikat di mana undang-undang mungkin tidak memperuntukkan tahap perlindungan data yang tinggi seperti di negara asal anda.
TI dan Oracle bersetuju dengan tanggungjawab kontraktual Oracle untuk melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
8. HAK ANDA
Demi kepentingan TI dan juga anda, data peribadi anda perlu dipastikan ketepatannya. Oleh itu, anda boleh pada bila-bila masa, dan tanpa dikenakan caj, menyemak semula data peribadi yang anda berikan kepada TI berhubung dengan profil anda atau permohonan kerja anda, dan mengubah atau membuang maklumat tertentu melalui kemudahan yang disediakan dalam Sistem. Selain itu, anda juga boleh menghubungi TI jika anda berhasrat untuk mengubah atau membuang data anda, ataupun menarik balik apa-apa keizinan untuk memproses data anda. Setakat permintaan anda untuk membuang atau menarik balik keizinan, TI akan melupuskan data anda dan mengambil langkah perlu untuk memastikan data anda itu tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan, melainkan diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab perundangan TI di bawah undang-undang yang diterima pakai.
Tiada apa-apa dalam makluman ini yang akan membataskan, dan anda boleh pada bila-bila masa menggunakan, apa-apa hak yang anda miliki di bawah undang-undang yang diterima pakai berhubung dengan akses terhadap dan pembetulan, pemadaman dan penghalangan data peribadi anda. Jika anda berhasrat untuk menggunakan hak di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang pemprosesan data peribadi anda oleh TI, anda bolehlah menghantar e-mel kepada privacy@list.ti.com.
9. MAKLUMAN TENTANG PEMINDAHAN PERNIAGAAN
Sekiranya TI memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan TI di mana anda ada membuat permohonan kerja dengannya, TI akan menyampaikan makluman kepada anda tentang maklumat berikut: (a) Kenyataan bahawa TI memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaannya; (b) Nama, alamat, nombor telefon dan maklumat perhubungan lain tentang orang/entiti yang mengambil alih hak dan tanggungjawab TI; dan (c) Cara dan prosedur penarikan balik keizinan anda untuk memindahkan data peribadi anda.